- Selamat datang ke laman WEB EIS (Executive Information System) Rancangan Tempatan Daerah Jasin untuk Majlis Perbandaran Jasin. WEB EIS ini disediakan untuk meningkatkan lagi sistem penyampaian maklumat perancangan bagi Daerah Jasin dengan lebih cepat dan telus.
- Web EIS untuk Rancangan Tempatan Daerah Jasin ini dibangunkan sebagai sebahagian daripada Pakej Sistem Maklumat Geografi untuk Kajian Rancangan Tempatan Daerah Jasin 2020 dibawah seliaan Jabatan Perancangan Bandar & Desa Semenanjung Malaysia. Ia dibangunkan untuk memudahkan agensi-agensi dan pihak awam membuat rujukan secara online mengenai perancangan pembangunan bagi Daerah Jasin sehingga tahun 2020.
- Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) sentiasa berusaha dari masa kesemasa untuk melengkapkan maklumat dalam WEB EIS ini, bagaimanapun MPJ tidak menanggung sebarang obligasi atau liabiliti dari segi ketepatan dan kesempurnaan maklumat yang terkandung di dalamnya. Pengguna tidak harus bergantung sepenuhnya untuk membuat sebarang komitmen kewangan atau sebagainya menggunakan maklumat dari WEB EIS ini.
- Jika terdapat percanggahan diantara maklumat dalam WEB EIS ini dengan lain-lain rekod yang ada, Majlis Perbandaran Jasin mempunyai hak mutlak untuk menentukan maklumat mana yang tepat.
- Perkhidmatan WEB EIS ini tidak terjamin sepanjang masa. Aplikasi Web Mapping, servers, sambungan internet mungkin terganggu atau perlahan dari masa kesemasa. Oleh itu jangan bergantung sepenuhnya kepada WEB EIS ini pada waktu-waktu kritikal.
- Majlis Perbandaran Jasin atau lain-lain pihak tidak bertanggungjawab secara terus atau sebaliknya, insidental atau konsekuensial tidak sahaja keatas kerugian masa dan kewangan akibat dari penggunaan maklumat dari WEB EIS ini.
- Dengan membuat akses ke laman WEB EIS ini anda telah bersetuju dan faham dengan terma dan syarat-syarat yang penggunaan WEB EIS tersebut.
- Jika terdapat sebarang pertanyaan atau saranan sila hubungi kami dialamat berikut:
Pengarah
Jabatan Perancang Bandar
Majlis Perbandaran Jasin
77000 Jasin
Melaka
Tel: +606-5291245
Fax: +606-529 3537
Email: info@mpjasin.gov.my

