1. Selamat datang ke laman WEB EIS (Executive Information System) Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Ampang Jaya untuk Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Selangor DE. WEB GIS ini disediakan untuk meningkatkan lagi sistem penyampaian maklumat bagi kawasan PBT MPAJ dengan lebih cepat dan telus.
  2. Web EIS untuk Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Ampang Jaya ini dibangunkan sebagai sebahagian daripada Pakej Sistem Maklumat Geografi untuk Kajian Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Ampang Jaya 2020 dibawah selian Jabatan Perancangan Bandar & Desa Semenanjung Malaysia. Ia dibangunkan untuk memudahkan agensi-agensi dan pihak awam membuat rujukan secara online mengenai perancangan pembangunan bagi Kawasan Pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya sehingga tahun 2020.
  3. Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sentiasa berusaha dari masa kesemasa untuk melengkapkan maklumat dalam WEB EIS ini, bagaimanapun MPAJ tidak menanggung sebarang obligasi atau liabiliti dari segi ketepatan dan kesempurnaan maklumat yang terkandung di dalamnya. Pengguna tidak harus bergantung sepenuhnya untuk membuat sebarang komitmen kewangan atau sebagainya menggunakan maklumat dari WEB EIS ini.
  4. Jika terdapat percanggahan diantara maklumat dalam WEB EIS ini dengan lain-lain rekod yang ada, Majlis Perbandaran Ampang Jaya mempunyai hak mutlak untuk menentukan maklumat mana yang tepat.
  5. Perkhidmatan WEB GIS ini tidak terjamin sepanjang masa. Aplikasi Web Mapping, servers, sambungan internet mungkin terganggu atau perlahan dari masa kesemasa. Oleh itu jangan bergantung sepenuhnya kepada WEB GIS ini pada waktu-waktu kritikal.
  6. Majlis Perbandaran Ampang Jaya atau lain-lain pihak tidak bertanggungjawab secara terus atau sebaliknya, insidental atau konsekuensial tidak sahaja keatas kerugian masa dan kewangan akibat dari penggunaan maklumat dari WEB GIS ini.
  7. Dengan mengakses ke laman WEB GIS ini anda telah bersetuju dan faham dengan terma dan syarat-syarat yang penggunaan WEB GIS tersebut.
  8. Jika terdapat sebarang pertanyaan atau saranan sila hubungi kami dialamat berikut:

Pengarah
Jabatan Perancang Bandar
Majlis Perbandaran Ampang Jaya,
Menara MPAJ,
Jalan Pandan Utama,
55100 Pandan Indah,
Kuala Lumpur.


Tel: +603-4293 8000
Fax: +603-4296 8050