Matlamat Pembangunan Web GIS

Peta Interaktif Web GIS Kadastral ,Gunatanah Semasa dan Cadangan dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kemaman ini dibangunkan berasaskan perisian MapGuide Open Source Server Versi 2.1.1 bertujuan untuk memaparkan peta, maklumat gunatanah dan fungsi carian berasaskan daerah, mukim dan nombor kadastral lot menggunakan pelayan Web MS Internet Explorer 7. Tiada plug-in diperlukan untuk dimuat turun untuk memaparkan peta interaktif.

 

Akses ke Laman Web GIS

Laman Web GIS ini dibangunkan untuk membolehkan kakitangan MPKemaman dan orang awam mendapatkan maklumat gunatanah semasa dan gunatanah cadangan dan lain-lain maklumat tanah untuk tujuan perancangan, pembangunan, pengurusan harta, penyelidikan, pendidikan dan pengawalan secara online dengan lebih cepat. Jika terdapat sebarang masalah, sila hubungi kami di mpkemaman@mpkemaman.gov.my

 

Sumber Pangkalan Data GIS

Sumber data utama bagi Peta Interaktif Web GIS ini adalah berdasarkan kepada pangkalan data pakej Sistem Maklumat Geografi dari Rancangan Tempatan Daerah Kemaman 2004-2020. Peta asas kadastral bagi peta web GIS ini adalah berasaskan kepada peta digital kadastral Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).

 

Penafian

Pihak Majlis Perbandaran Kemaman tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan peta dan maklumat dari laman web GIS ini.

 

Peta berkaitan Pembangunan dalam kawasan Majlis Perbandaran Kemaman