1. Selamat datang ke laman WEB EIS (Executive Information System) Rancangan Tempatan Daerah Kuala Muda untuk Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP), Kedah Darul Aman. WEB GIS ini disediakan untuk meningkatkan lagi sistem penyampaian maklumat bagi kawasan PBT MPSP dengan lebih cepat dan telus.
  2. Web EIS untuk Rancangan Tempatan Daerah Kuala Muda ini dibangunkan sebagai sebahagian daripada Pakej Sistem Maklumat Geografi untuk Kajian Rancangan Tempatan Daerah Kuala Muda dibawah seliaan Jabatan Perancangan Bandar & Desa Semenanjung Malaysia. Ia dibangunkan untuk memudahkan agensi-agensi dan pihak awam membuat rujukan secara online mengenai perancangan pembangunan bagi Kawasan Pentadbiran Majlis Perbandaran Sungai Petani sehingga tahun 2020.
  3. Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP) sentiasa berusaha dari masa kesemasa untuk melengkapkan maklumat dalam WEB EIS ini, bagaimanapun MPSP tidak menanggung sebarang obligasi atau liabiliti dari segi ketepatan dan kesempurnaan maklumat yang terkandung di dalamnya. Pengguna tidak harus bergantung sepenuhnya untuk membuat sebarang komitmen kewangan atau sebagainya menggunakan maklumat dari WEB EIS ini.
  4. Jika terdapat percanggahan diantara maklumat dalam WEB EIS ini dengan lain-lain rekod yang ada, Majlis Perbandaran Sungai Petani mempunyai hak mutlak untuk menentukan maklumat mana yang tepat.
  5. Perkhidmatan WEB GIS ini tidak terjamin sepanjang masa. Aplikasi Web Mapping, servers, sambungan internet mungkin terganggu atau perlahan dari masa kesemasa. Oleh itu jangan bergantung sepenuhnya kepada WEB GIS ini pada waktu-waktu kritikal.
  6. Majlis Perbandaran Sungai Petani atau lain-lain pihak tidak bertanggungjawab secara terus atau sebaliknya, insidental atau konsekuensial tidak sahaja keatas kerugian masa dan kewangan akibat dari penggunaan maklumat dari WEB GIS ini.
  7. Dengan mengakses ke laman WEB GIS ini anda telah bersetuju dan faham dengan terma dan syarat-syarat yang penggunaan WEB GIS tersebut.
  8. Jika terdapat sebarang pertanyaan atau saranan sila hubungi kami dialamat berikut:

Yang Di Pertua
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI
Sungai Petani,
08000 SUNGAI PETANI,
KEDAH DARUL AMAN.


Tel : 604-4212205
Fax : 604-4233416
E-mail : admin@mpspk.gov.my