1.0 Tujuan Pembangunan Sistem Maklumat i—Zoning

Sistem Maklumat i-Zoning ini dibangunkkan untuk memudahkan pemilik tanah, pemaju, perunding dan agensi-agensi yang terlibat dengan pembangunan tanah menyemak status sesuatu lot tanah itu samada berada didalam atau diluar sesuatu Zon Pembangunan

2.0 Zon Pembangunan

Zon Pembangunan menetapkan samada sesuatu lot tanah itu boleh dibangunkan atau tidak dan tertakluk kepada peruntukan dalam Kanun Tanah Negara serta berdasarkan kepada aktiviti-aktiviti yang terkandung dalam Rancangan Pemajuan bagi suatu kawasan itu. Status Zon Pembangunan didalam sistem ini adalah indikatif sahaja, pengguna boleh mendapatkan status Zon Pembangunan yang lebih konklusif selepes mengesahkannya dengan JPBD Negeri Kedah. Jika terdapat percanggahan diantara maklumat dalam WEB EIS ini dengan lain-lain rekod yang ada, JPBD Negeri Kedah mempunyai hak mutlak untuk menentukan maklumat mana yang tepat.

3.0 Fungsi Carian Lot Tanah

Dengan mengaktifkan fungsi carian lot tanah, pengguna sistem boleh menyemak secara online menggunakan web mapping ini kedudukan sesuatu lot tanah itu secara interaktif dengan memilih daerah dan lot yang terlibat. Dengan mengaktifkan lapisan Zon Pembangunan pengguna boleh menyemak Rancagan Pemajuan  yang berkaitan.

4.0 Rujukan Melalui Imej Satelit

Pengguna juga boleh menyemak kedudukan lot berbanding dengan kedudukan ditapak dengan mengaktifkan fungsi Google Earth.

5.0 Penafian

JPBD Negeri Kedah berusaha dari masa kesemasa untuk memastikan maklumat terkini terkandung didalam Sistem Maklumat i-Zoning ini. Laman web ini disediakan untuk tujuan mendapatkan maklumat sahaja dan pengguna tidak seharus bergantung sepenuhnya untuk ketepatannya. Pihak JPBD Negeri Kedah tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang kerugian diatas penggunaan maklumat dari laman web mapping ini.

6.0 Sekiranya terdapat sebarang ulasan atau saranan mengenai laman Web Mapping Sistem Maklumat i-Zoning ini, sila hubungi:

Pengarah,
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah Darul Aman,
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim,
Jalan Sultan Badlishah,
05646 Alor Setar,Kedah Darul Aman, Malaysia.

Tel: 04-7331077 / 04-7335900
Fax: 04-7332286
Email: [email protected]