1. Selamat datang ke laman WEB GIS Pemetaan Jenayah Bandar untuk Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor DE. WEB GIS ini disediakan untuk meningkatkan lagi sistem penyampaian maklumat bagi kawasan PBT MBSA dengan lebih cepat dan telus.
  2. WEB GIS Pemetaan Jenayah Bandar ini dibangunkan sebagai sebahagian daripada Strategi Perlaksanaan Program Bandar Selamat dibawah seliaan Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan, Malaysia (KPKT) dan Jabatan Perancangan Bandar & Desa Semenanjung Malaysia. Ia dibangunkan untuk memudahkan agensi-agensi dan pihak awam membuat rujukan secara online kawasan yang sering mengalami tumpuan (tompok panas)  jenayah bandar.
  3. Atas faktor keselamatan, lokasi sebenar jenayah bandar tidak dipaparkan untuk pengguna awam bagaimanapun kawasan tompok panas jenayah (hotspot area) boleh dipaparkan dengan menandakan kotak pada jenayah bandar yang di kehendaki pada sebelah kiri lapisan peta (left task pane).
  4. Jika terdapat percanggahan diantara maklumat dalam WEB GIS ini dengan lain-lain rekod yang ada, Majlis Bandaraya Shah Alam mempunyai hak mutlak untuk menentukan maklumat mana yang tepat.
  5. Perkhidmatan WEB GIS ini tidak terjamin sepanjang masa. Aplikasi Web Mapping, servers, sambungan internet mungkin terganggu atau perlahan dari masa kesemasa. Oleh itu jangan bergantung sepenuhnya kepada WEB GIS ini pada waktu-waktu kritikal.
  6. Majlis Bandaraya Shah Alam atau lain-lain pihak tidak bertanggungjawab secara terus atau sebaliknya, insidental atau konsekuensial tidak sahaja keatas kerugian masa dan kewangan akibat dari penggunaan maklumat dari WEB GIS ini.
  7. Dengan mengakses ke laman WEB GIS ini anda telah bersetuju dan faham dengan terma dan syarat-syarat yang penggunaan WEB GIS tersebut.
  8. Jika terdapat sebarang pertanyaan atau saranan sila hubungi kami dialamat berikut:

Pengarah
Jabatan Perancang Bandar
MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM
Tingkat 9, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.


Tel : 603-55105133
Fax : 603-55108010
E-mail : [email protected]