1. Selamat datang ke laman WEB EIS (Executive Information System) Rancangan Kawasan Khas Hang Tuah Jaya Perbadanan Hang Tuah Jaya. WEB EIS ini disediakan untuk meningkatkan lagi sistem penyampaian maklumat perancangan bagi Kawasan Pentadbiran Perbadanan Hang Tuah Jaya dengan lebih cepat dan telus.
  2. Web EIS untuk Rancangan Kawasan Khas Hang Tuah Jaya ini dibangunkan sebagai sebahagian daripada Pakej Sistem Maklumat Geografi untuk Kajian Rancangan Kawasan Khas Hang Tuah Jaya 2020 dibawah selian Jabatan Perancangan Bandar & Desa Negeri Melaka. Ia dibangunkan untuk memudahkan agensi-agensi dan pihak awam membuat rujukan secara online mengenai perancangan pembangunan bagi kawasan Pentadbiran Hang Tuah Jaya sehingga tahun 2020.
  3. Perbadanan Hang Tuah Jaya (PHTJ) sentiasa berusaha dari masa kesemasa untuk melengkapkan maklumat dalam WEB EIS ini, bagaimanapun PHTJ tidak menanggung sebarang obligasi atau liabiliti dari segi ketepatan dan kesempurnaan maklumat yang terkandung di dalamnya. Pengguna tidak harus bergantung sepenuhnya untuk membuat sebarang komitmen kewangan atau sebagainya menggunakan malumat dari WEB EIS ini.
  4. Jika terdapat percanggahan diantara maklumat dalam WEB EIS ini dengan lain-lain rekod yang ada, Perbadanan Hang Tuah Jaya mempunyai hak mutlak untuk menentukan maklumat mana yang tepat.
  5. Perkhidmatan WEB EIS ini tidak terjamin sepanjang masa. Aplikasi Web Mapping, servers, sambungan internet mungkin terganggu atau perlahan dari masa kesemasa. Oleh itu jangan bergantung sepenuhnya kepada laman WEB EIS ini pada waktu-waktu kritikal.
  6. Perbadanan Hang Tuah Jaya atau lain-lain pihak tidak bertanggungjawab secara terus atau sebaliknya, insidental atau konsekuensial tidak sahaja keatas kerugian masa dan kewangan akibat dari penggunaan maklumat dari WEB EIS ini.
  7. Dengan membuat akses ke laman WEB EIS ini anda telah bersetuju dan faham dengan terma dan syarat-syarat yang penggunaan WEB EIS tersebut.
  8. Jika terdapat sebarang pertanyaan atau saranan sila hubungi kami dialamat berikut:

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
PERBADANAN HANG TUAH JAYA
BANDAR MITC, HANG TUAH JAYA,
ARAS 5, WISMA NEGERI,
75450 AYER KEROH, MELAKA

Telefon : +606 - 2323 653
Faks :      +606 - 2324 764