1. Selamat datang ke laman WEB EIS (Executive Information System) Rancangan Tempatan Jajahan Gua Musang untuk Majlis Daerah Gua Musang. WEB EIS ini disediakan untuk meningkatkan lagi sistem penyampaian maklumat perancangan bagi Jajahan Gua Musang dengan lebih cepat dan telus.
  2. Web EIS untuk Rancangan Tempatan Jajahan Gua Musang ini dibangunkan sebagai sebahagian daripada Pakej Sistem Maklumat Geografi untuk Kajian Rancangan Tempatan Jajahan Gua Musang 2020 dibawah selian Jabatan Perancangan Bandar & Desa Semenanjung Malaysia. Ia dibangunkan untuk memudahkan agensi-agensi dan pihak awam membuat rujukan secara online mengenai perancangan pembangunan bagi Jajahan Gua Musang sehingga tahun 2020.
  3. Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) sentiasa berusaha dari masa kesemasa untuk melengkapkan maklumat dalam WEB EIS ini, bagaimanapun MDGM tidak menanggung sebarang obligasi atau liabiliti dari segi ketepatan dan kesempurnaan maklumat yang terkandung di dalamnya. Pengguna tidak harus bergantung sepenuhnya untuk membuat sebarang komitmen kewangan atau sebagainya menggunakan maklumat dari WEB EIS ini.
  4. Jika terdapat percanggahan diantara maklumat dalam WEB EIS ini dengan lain-lain rekod yang ada, Majlis Daerah Gua Musang mempunyai hak mutlak untuk menentukan maklumat mana yang tepat.
  5. Perkhidmatan WEB EIS ini tidak terjamin sepanjang masa. Aplikasi Web Mapping, servers, sambungan internet mungkin terganggu atau perlahan dari masa kesemasa. Oleh itu jangan bergantung sepenuhnya kepada laman WEB EIS ini pada waktu-waktu kritikal.
  6. Majlis Daerah Gua Musang atau lain-lain pihak tidak bertanggungjawab secara terus atau sebaliknya, insidental atau konsekuensial tidak sahaja keatas kerugian masa dan kewangan akibat dari penggunaan maklumat dari WEB EIS ini.
  7. Dengan membuat akses ke laman WEB EIS ini anda telah bersetuju dan faham dengan terma dan syarat-syarat yang penggunaan WEB EIS tersebut.
  8. Jika terdapat sebarang pertanyaan atau saranan sila hubungi kami dialamat berikut:

Pengarah
Jabatan Perancang Bandar
Majlis Daerah Gua Musang
18300 Gua Musang
Kelantan Darul Naim

Tel:  +609-9120235
Fax: +609-9121044
Email: [email protected]