1. Selamat datang ke laman WEB EIS (Sistem Maklumat Eksekutif) Rancangan Tempatan Pasir Mas untuk Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM), Kelantan Darul Naim. WEB ini disediakan untuk meningkatkan lagi sistem penyampaian maklumat bagi MDPM dengan lebih cepat dan telus.
  2. Web EIS untuk Rancangan Tempatan Pasir Mas ini dibangunkan sebagai sebahagian daripada Pakej Sistem Maklumat Geografi (GIS) untuk Kajian Rancangan Tempatan Jajahan Pasir Mas 2020 di bawah seliaan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia. Ia dibangunkan untuk memudahkan agensi-agensi dan pihak awam membuat rujukan secara online mengenai perancangan pembangunan bagi Jajahan Pasir Mas sehingga tahun 2020.
  3. MDPM sentiasa berusaha dari masa ke semasa untuk melengkapkan maklumat dalam WEB EIS ini, bagaimanapun MDPM tidak menanggung sebarang obligasi atau liabiliti dari segi ketepatan dan kesempurnaan maklumat yang terkandung di dalamnya. Pengguna tidak harus bergantung sepenuhnya untuk membuat sebarang komitmen kewangan atau sebagainya menggunakan maklumat dari WEB ini.
  4. Jika terdapat percanggahan di antara maklumat dalam WEB EIS ini dengan lain-lain rekod yang ada, MDPM mempunyai hak mutlak untuk menentukan maklumat mana yang tepat.
  5. Perkhidmatan WEB EIS ini tidak terjamin sepanjang masa. Aplikasi Web Mapping, servers, sambungan internet mungkin terganggu atau perlahan dari masa kesemasa. Oleh itu jangan bergantung sepenuhnya kepada WEB ini pada waktu-waktu kritikal.
  6. MDPM atau lain-lain pihak tidak bertanggungjawab secara terus atau sebaliknya, insidental atau konsekuensial tidak sahaja ke atas kerugian masa dan kewangan akibat dari penggunaan maklumat dari WEB ini.
  7. Dengan mengakses ke laman WEB EIS ini anda telah bersetuju dan faham dengan terma dan syarat-syarat penggunaan WEB tersebut.
  8. Jika terdapat sebarang pertanyaan atau saranan sila hubungi kami di alamat berikut:

Yang DiPertua
Unit Perancangan Dan Bangunan
MAJLIS DAERAH PASIR MAS
Jalan Pejabat,
17000 Pasir Mas,
Kelantan Darul Naim.


Tel : 609-790 9250
Fax : 609-790 3250
E-mail : [email protected]