Tujuan
e-Publisiti merupakan sistem pemetaan berasaskan web yang dibangunkan oleh Majlis Daerah Pasir Puteh bagi membenarkan setiap individu terutama warga Pasir Puteh ataupun sesiapa yang mempunyai aset tanah di Pasir Puteh untuk bersama-sama melihat dan membantu perancangan yang telah dibuat oleh pihak MDPP dalam memajukan lagi Jajahan Pasir Puteh.

Penafian
Kerajaan Negeri Kelantan dan Majlis Daerah Pasir Puteh tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami pengguna ketika mengunakan aplikasi GIS ini.

Perlindungan Data
Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

Keselamatan Storan
Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

Pindaan Dasar
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan tersebut akan dikemas kini pada aplikasi ini. Dengan menggunakan aplikasi ini dengan kerap, anda akan dikemas kini dengan maklumat terkini, cara penggunaan aplikasi ini dan bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain di dalam keadaan tertentu.

Terma dan Syarat
Dengan menggunakan aplikasi GIS ini, pengguna adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

  1. Sebarang penggunaan semula maklumat di dalam aplikasi ini (samada secara elektronik atau format salinan keras) untuk kegunaan komersil termasuklah jualan dan edaran adalah dilarang sama sekali.
  2. Pengguna tidak dibenarkan mengubahsuai, menyusun semula atau menambah sebarang data yang terkandung di dalam aplikasi GIS ini.
  3. Pengguna yang menggunakan data digital/bahan cetakan dari aplikasi ini adalah bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya berlaku sesuatu ke atas data digital/bahan cetakan yang digunakan.
  4. Pihak MDPP dengan sedaya upaya akan memastikan segala maklumat yang terkandung di dalam aplikasi ini adalah setepat mungkin. Namun, pekhidmatan ini disediakan secara "as is and as available basis". Ia tidak boleh dijadikan sebagai alat dalam membuat keputusan mutlak.
Anda perlu bersetuju dengan terma & syarat Saya mengakui dan bersetuju dengan segala Terma & Syarat yang dinyatakan.